School of Communication

Lawatan SMK Keratong, Pahang ke Pusat Pengajian Komunikasi

2 Februari 2023 (Khamis). Studio Pengambaran, Pusat Pengajian Komunikasi
Pusat Pengajian Komunikasi telah menerima lawatan rasmi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong, Pahang sempena Program Mesra Mahasiswa bersama Murid Berkeperluan Khas (MBPK) yang di ketuai oleh Pn. Norhaidawati Che Yon sebagai penyelaras pendidikan khas. Seramai 37 orang pelajar dan 6 orang guru telah menyertai lawatan ini.

Kehadiran mereka disambut baik oleh Dekan, Prof. Madya Dr. Bahiyah Omar, Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), Dr. Mohamad Saifuddin Mohamad Saleh, Pengerusi Racangan (Prasiswazah) Dr. Rani Ann Balaraman, Penolong Pendaftar Kanan Puan Samsuriati Syamsuddin dan staf Pusat Pengajian Komunikasi. Majlis dikendalikan oleh 6 orang pelajar tahun akhir yang merupakan ahli Persatuan Komunikasi (PERKOM). Beberapa aktiviti dijalankan untuk menaikkan semangat keterampilan dan komunikasi yang berkesan. Ia turut berperanan untuk meningkatkan hubungan sosialisasi antara dua pihak serta pendedahan sebagai seorang mahasiswa,
selari dengan tujuan program tersebut.

Pusat Pengajian Komunikasi merakamkan penghargaan kepada SMK Keratong atas lawatan ini.
Semoga lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar yang hadir.


Photos: Mohd Ashraf Zamri &  Ahmad Adib Hurairah Shahrul Aman
Video: Dzulfikar Azmi
 

School of Communication, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3603/4198 | Fax : +604-657 7736 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

All Rights Reserved
Universiti Sains Malaysia © 2024