School of Communication

Sambutan Hari Wartawan Nasional 2023

28 Mei 2023 (Ahad). Ipoh, Perak.
Dekan Pusat Pengajian Komunikasi (PPK), Profesor Madya Dr. Bahiyah Omar dan Pengerusi Rancangan (Prasiswazah) PPK, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Rani Ann Balaraman telah berpeluang untuk menghadiri sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang telah diadakan di Ipoh, Perak kelmarin.Acara yang diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai pengamal media di Malaysia telah berjaya mengumpulkan kira-kira 1,000 pengamal media dan ahli akademik dari pelbagai negara.Dalam program berkenaan juga, telah diadakan dua forum yang bertajuk “Survival of Traditional Media In The Digital Era” dan “Journalism In The Digital Age”.Panel-panel forum terlibat termasuk Sheila Shanmugam yang merupakan CEO Mindshare Group, Datuk Ahirudin Attan dan Suhaimi Sulaiman banyak menggariskan idea dan topik-topik yang harus diajar kepada mahasiswa dan mahasiswi universiti seperti kewartawanan data (data journalism) dan analisis data (data analysis). Panel turut memberikan gambaran mahasiswa yang diperlukan oleh industri media di negara ini pada masa hadapan. Bertemakan “Media Bebas Tunjang Demokrasi”, majlis ini turut menyaksikan 3 wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA, manakala Datuk Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohammad Nor Khalid menerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023. Majlis ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; dan Timbalannya Teo Nie Ching serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Pusat Pengajian Komunikasi yang hadir memeriahkan program mengucapkan Selamat Hari Wartawan kepada semua pengamal media di Malaysia.

Foto: Dr. Rani Ann Balaraman


 

School of Communication, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3603/4198 | Fax : +604-657 7736 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

All Rights Reserved
Universiti Sains Malaysia © 2024