School of Communication

Lawatan Dr. Rizki dari Universitas Mercu Buana, Jakarta, Indonesia

8 Jun 2023 (khamis). Bilik Multimedia,Pusat Pengajian Komunikasi & Dewan Kuliah E
Sirih Pulang ke Gagang. Selamat datang kepada Prof. Achmad Jamil dan Prof. Madya Dr. Rizki Briandana, Wakil Rektor 2 bidang Sumberdaya, Universitas Mercu Buana, Jakarta Indonesia ke Pusat Pengajian Komunikasi. Dr. Rizki juga adalah seorang alumni Pusat Pengajian Komunikasi USM dalam jurusan Ijazah Sarjana Kajian Senima dan seterusnya menyambung ke PhD kembali beliau bersama Prof Achmad Jamil ke USM untuk menjalinkan kerjasama antara dua universiti dalam bidang-bidang tertentu. Dr. Rizki juga berkesempatan bertemu dan memberi syarahan jemputan kepada pelajar komunikasi. Tidak terlambat juga untuk kami mengucapkan tahniah kepada Dr. Rizki atas lantikan sebagai Wakil Rektor 2 (Timbalan Naib Canselor) di Universitas Mercu Buana, suatu penghargaan buat kami atas lantikan tersebut kepada Dr sebagai seorang alumni kami dan sudi kembali ke Pusat Pengajian Komunikasi untuk menjalinkan ikatan kerjasama.

Foto: Dzulfikar Azmi Isa



 

School of Communication, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3603/4198 | Fax : +604-657 7736 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

All Rights Reserved
Universiti Sains Malaysia © 2024