School of Communication

Lawatan Naib Canselor USM ke Pusat Pengajian Komunikasi

23 Ogos 2023 (Rabu). Bilik Multimedia,Pusat Pengajian Komunikasi
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc., telah melawat Pusat Pengajian Komunikasi. Lawatan ini berlangsung dari jam 10 hingga 11 pagi dan diadakan di bilik multimedia pusat pengajian. Turut hadiri pensyarah serta staf pentadbiran pusat pengajian. Tujuan lawatan Naib Canselor adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai perkembangan dan status terkini Pusat Pengajian Komunikasi serta untuk mengenal pasti sebarang bantuan yang diperlukan oleh pusat pengajian ini. Dekan Pusat Pengajian Komunikasi, Prof Madya Dr. Bahiyah Omar, telah memberikan pembentangan mengenai pencapaian terkini yang telah dicapai oleh pusat pengajian ini serta beberapa bidang di mana bantuan atau sokongan tambahan dapat membantu dalam menggalakkan pertumbuhan dan kemajuan pusat pengajian. Ini juga adalah lawatan pertama Naib Canselor ke Pusat Pengajian (sastera) di dalam USM.

Foto: Mohd Ashraf Zamri



 

School of Communication, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3603/4198 | Fax : +604-657 7736 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

All Rights Reserved
Universiti Sains Malaysia © 2024