Tautan Kasih Ramadhan 2025
17 Mac 2025. Balai Media C10, Pusat Pengajian Komunikasi
Bagi menyemarakkan semangat berkongsi rezeki di bulan Ramadhan, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program kebajikan Tautan Kasih Ramadhan 4.0. Program ini diketuai oleh Dr. Noor Azlina Yusoff, dengan objektif utama untuk menyantuni asnaf dan pekerja pembersihan di sekitar USM melalui sumbangan hamper makanan. Majlis penyerahan sumbangan telah disempurkan oleh Prof. Madya Dr. Bahiyah Omar, Dekan, Pusat Pengajian Komunikasi.
Menurut Dr. Noor Azlina Yusoff, selaku Ketua Program, inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, tetapi juga sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang banyak berjasa dalam memastikan kebersihan dan kelancaran operasi universiti. “Kami berharap program ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada penerima, serta menggalakkan lebih ramai warga USM untuk bersama-sama menyumbang kepada masyarakat,” katanya. Dengan sokongan berterusan daripada semua pihak, program ini dijangka akan terus dianjurkan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha USM dalam membudayakan amalan kebajikan.
.
Foto/Text: Dr. Atikah A. Rahman
Read more …Tautan Kasih Ramadhan 2025
- Hits: 43