COMM@LiT 2026 Advances Value-Based Education and Sustainable Development Through Community-Engaged Learning
6 June 2026 | Pusat Transit Harapan Pulau Pinang
The School of Communication, Universiti Sains Malaysia (USM), successfully concluded Phase Two of COMM@Love in Transit 2026 (COMM@LiT 2026), reaffirming the University's commitment to Value-Based Education (VBE), Education for Sustainable Development (ESD), and University Social Responsibility (USR) through meaningful community engagement.
Organised by 52 second-year students enrolled in the YBP230 Corporate Social Responsibility course under the guidance of Professor Dr Jamilah Hj Ahmad, the initiative exemplifies how academic knowledge can be translated into real-world solutions through the Service-Learning Malaysia–University for Society (SULAM-USM) approach.
The program engaged more than 80 residents through activities promoting health literacy, environmental awareness, emotional well-being and social inclusion, supporting the implementation of the Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 3 (Good Health and Well-Being), SDG 4 (Quality Education), SDG 11 (Sustainable Cities and Communities), SDG 12 (Responsible Consumption and Production), SDG 13 (Climate Action), and SDG 17 (Partnerships for the Goals).
COMM@LiT 2026 demonstrates the role of higher education institutions in advancing sustainable development by fostering mutually beneficial partnerships between universities and communities while preparing future communication professionals to become responsible, empathic and socially conscious leaders.
#CommLoveInTransit #COMMLiT2026 #USM #YBP230 #USR #SULAMUSM
COMM@LiT 2026 Wins Bronze at the IPMA Global Project Excellence Awards 2026
Program Gotong-Royong Kelestarian Pupuk Kesedaran Alam Sekitar dan Semangat Kerjasama Warga Pusat Pengajian Komunikasi USM
PULAU PINANG, 9 Julai 2026
Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan Program Gotong-Royong Kelestarian bertempat di sekitar kawasan Pusat Pengajian Komunikasi sebagai salah satu inisiatif membudayakan amalan kelestarian dalam kalangan warga kerja.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan, memelihara alam sekitar serta mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, ceria, selesa dan kondusif.
Melalui aktiviti gotong-royong yang dijalankan, para pensyarah dan staf pentadbiran berpeluang berganding bahu dalam memastikan kebersihan dan keceriaan persekitaran pusat pengajian sentiasa terpelihara. Inisiatif ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta memperkukuh nilai tanggungjawab bersama dalam kalangan warga kerja.
Penganjuran program ini juga mencerminkan komitmen Pusat Pengajian Komunikasi dalam menyokong agenda kelestarian universiti melalui pengamalan budaya kerja yang lebih prihatin terhadap penjagaan alam sekitar dan kesejahteraan komuniti kampus.
Program Team Building Pusat Pengajian Komunikasi USM Perkukuh Kerjasama dan Kelestarian Organisasi
GOPENG, PERAK, 10 Mei 2026
Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya menganjurkan Program Team Building bertemakan “Together Stronger” pada 8 hingga 10 Mei 2026 bertempat di Gopeng Glamping Park, Gopeng, Perak.
Program selama tiga hari dua malam ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim, meningkatkan semangat berpasukan serta memupuk budaya kerja yang positif dalam kalangan pensyarah dan staf pentadbiran Pusat Pengajian Komunikasi.
Penganjuran program ini bukan sekadar memberi peluang kepada warga kerja untuk beriadah dan berehat daripada rutin harian, malah menjadi platform penting bagi meningkatkan komunikasi, persefahaman dan kerjasama dalam suasana yang lebih santai, harmoni dan penuh semangat kebersamaan.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya Carry Pingpong in Spoon, Lord of the Ring, Fishing in the Bottle, Coconut Bowling dan aktiviti lasak ATV Ride. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menguji kreativiti, ketangkasan dan semangat berpasukan, malah turut mengeratkan hubungan antara peserta.
Selaras dengan aspirasi kelestarian organisasi, program ini turut menekankan kepentingan kesejahteraan warga kerja, hubungan interpersonal yang positif serta pembentukan persekitaran kerja yang inklusif dan harmoni.
Diharapkan semangat “Together Stronger” yang diterapkan melalui program ini dapat terus diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas seharian, sekali gus memperkukuh budaya kerja berpasukan dan meningkatkan kecemerlangan organisasi secara berterusan.
Pusat Pengajian Komunikasi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua warga kerja yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Pusat Pengajian Komunikasi USM Raih Penarafan 5 Bintang bagi Kecemerlangan Pengurusan Kenderaan Universiti
PULAU PINANG
Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima Penarafan 5 Bintang bagi Kecemerlangan Pengurusan Kenderaan Universiti Tahun 2023 berdasarkan penilaian oleh Unit Audit Dalam, USM.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen Pusat Pengajian Komunikasi dalam memastikan pengurusan kenderaan dan aset universiti dilaksanakan secara sistematik, cekap dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik serta amalan kelestarian sumber.
Pencapaian ini turut membuktikan kepentingan kerjasama dan komitmen warga kerja dalam memastikan penggunaan sumber universiti secara optimum dan berhemah.